Monday 26 November 2012

Selamanya Harimau Malaya ~


DUA tahun lalu, Harimau Malaya dikepung penyokong Indonesia pada final di Jakarta namun berjaya mengharungi pengalaman ngeri itu untuk muncul sebagai juara Piala AFF.
Tahun ini skrip hampir sama namun bezanya, anak buah Datuk K Rajagobal dikepung penyokong sendiri ketika mahu keluar dari Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin kerana tidak tahan dengan kekalahan memalukan pada aksi pertama Kumpulan B di tangan musuh tradisi Singapura 0-3.

Ketika keyakinan penyokong mula kendur kerana kecewa dengan persembahan buruk pemain negara, Rajagobal masih lagi yakin dengan misi mempertahankan kejuaraan biarpun mengakui ia tampak sukar.
Adakah pengendali berusia 56 tahun itu masih mempunyai sentuhan magis ketika Malaysia kalah 1-5 pada aksi pembukaan di tangan Indonesia pada 2010 dan kemudian muncul juara ataupun hanya terbawa-bawa dengan kejayaan silam? “Saya masih yakin kami akan berjaya melakukannya, saya yakin kami akan melakukannya sekali lagi. Dulu saya pernah berkata, apabila kami kalah 1-5 kepada Indonesia, saya berharap kami akan jumpa Indonesia di final, jadi saya mahu katakan di sini, saya berharap kami akan jumpa Singapura di final,” kata Rajagobal pada sidang media selepas tamat perlawanan kelmarin.
GERAM...Ultras Malaya mengelilingi bas yang membawa pemain kebangsaan di perkarangan stadium selepas tamat perlawanan.

Kekalahan itu menyebabkan Harimau Malaya kini menduduki tangga tercorot dengan Singapura menduduki tangga teratas selepas mengutip tiga mata manakala Indonesia dan Laos yang seri 2-2 kelmarin berkongsi satu mata.

Kini skuad kebangsaan tiada pilihan selain menang ke atas Laos dan Indonesia pada baki dua perlawanan terakhir jika mahu terus menghidupkan peluang.
Apa yang perlu dilakukan Rajagobal adalah menyuntik semula semangat pemain selain memikirkan percaturan terbaik sama ada mahu mengekalkan barisan utama yang sama atau melakukan rombakan.

Kemungkinan besar Mohd Farizal Marlias bakal mengambil posisi Khairul Fahmi Che Mat yang melakukan kesilapan kerana membenarkan gol kedua Singapura.
“Kami kalah kerana kesilapan pemain sendiri terutama gol kedua. Kami tidak sepatutnya dibolosi gol kedua. Saya akan buat keputusan siapa pemain yang akan diturunkan bagi perlawanan dengan Laos nanti. Itu satu pengajaran buat mereka,” katanya.

Kredit utk Mymetro

Apa pun yang berlaku, teruslah menyokong skuad kebangsaan kita , jadikan kritikan itu sebagai motivasi untuk menjadikan sesuatu perkara itu lebih baik.


Malaysia Boleh !!!
Teruskanlah menyokong Skuad Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012

Assalamualaikum ~

No comments:

Post a Comment