Monday 8 October 2012

Sejarah Hidupku

Bersama rakan-rakan di Pantai Irama,Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , namaku Muhammad Hilmi Bin Mohd Zaki .Seorang lelaki . Tahun ini umurku sudah mencecah 20 tahun . Surat beranakku tertera tarikh lahirku pada 13 Mei 1992 pada jam 9.30 pagi dengan berat hanya 3.0 kg. Aku merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.Adikku terdiri daripada 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Kesemua adik-adikku masih lagi bersekolah.

Latar belakang pendidikanku :

  • Tadika SK Kelibang, Langkawi,Kedah (6 tahun)
  • SK Seri Negeri, Langkawi ,Kedah (darjah 1-5)
  • SK Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah (darjah 6)
  • SMK Bukit Selambau, Sungai Petani , Kedah(tingkatan 1-3)
  • SMT Sungai Petani 1, Sungai Petani, Kedah(tingkatan 4-5)
  • SMT Alor Setar , Kedah (tingkatan 6)
  • Universiti Malaysia Kelantan( sekarang) (kos FTKW)
Khusyuk nampak xD
Hobiku ialah melayari internet,'online-gaming', bermain futsal dan membaca.Makanan kegemaran pula  ialah makanan masakan emakku. Minuman pula ialah minuman seperti kebiasaan orang lain kecuali minuman yang haram.Apa lagi ya nak cerita..?Ok , emak dan abahku merupakan seorang guru di sebuah sekolah kerajaan. Abahku merupakan seorang yang sporting,tegas dalam melakukan sesuatu , bertanggungjawab dan penyayang. Emakku pula seorang yang amat garang, penyayang , dan terbaik!!! Aku amat bersyukur mempunyai kedua-dua emak dan abah yang baik walaupun mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam melayan karenah aku dan adik-adikku. 

Setakat ini dululah ceriteraku, kalau ada masa aku akan update dari semasa ke semasa. Chaiyok,chaiyok..
Sekian, wassalam

                                                                                   MUHAMMAD HILMI BIN MOHD ZAKI

No comments:

Post a Comment